Rabu, 21 Januari 2015

PADANAN TERJEMAHAN

Dalam mempelajari ilmu terjemahan, pelajar juga didedahkan dengan konsep terjemahan yang mana ia meliputi kepada konsep padanan bagi mendapatkan terjemahan yang tepat. Dapat difahami bahawa untuk mendapatkan padanan yang betul-betul tepat bagi kedua-dua bahasa adalah mustahil untuk direalisasikan. Kerana itu, para pengkaji ilmu terjemahan telah memperkenalkan beberapa konsep padanan yang boleh membantu penterjemah mendapatkan padanan yang hampir tepat.

Diantaranya ialah padanan formal, dinamis dan sejadi yang terdekat. Konsep-konsep tersebut telah diperkenalkan oleh Nida (1964).

Terdapat juga strategi bagi mencari padanan seperti yang disarankan oleh Mashudi Kader& Low Bee Long (1991).

Walaupun terdapat masalah untuk mendapatkan padanan yang terdekat, maka penterjemah harus memberikan makna terjemah yang sesuai bagi sasaran pembaca.

Terbitan Abdul Ghani....

JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN

Dalam kuliah tersebut, pelajar juga diterangkan mengenai beberapa jenis dan kaedah yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar ilmu terjemahan. Setiap jenis dan kaedah tersebut berbeza-beza mengikut tafsiran pakar-pakar ilmu terjemahan tersebut.

Contoh yang dapat dilihat ialah melalui pendekatan Robert Lado yang memperkenalkan cara terjemahan faktual dan sastera. Roman Jacobson pula telah mewujudkan cara terjemahan intralingual, interlingual dan intersemiotik.

Kaedah-kaedah yang berkenaan telah menjadi rujukan kepada ahli terjemahan bagi mendapatkan hasil terjemahan yang berkesan dan tepat.

Terdapat juga kaedah terjemahan yang mewujudkan kaedah kata demi kata, harfiah dan bebas. Ini membantu kepada penterjemah untuk mengkhususkan cara penterjemahan yang lebih teratur dan sistematik.

Walau apapun cara atau kaedah yang digunakan oleh penterjemah, apa yang lebih penting ialah penterjemah dapat memberikan terjemahan yang tepat kepada pembaca bersesuaian dengan apa yang diterjemahkan.



Terbitan Abdul Ghani....

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

Definisi
Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
Klasifikasi
 Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.
Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:
Ø Mempunyai makna yang tersendiri.
Ø Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
Ø Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.
Ø Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA)
Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya mengikut NEWMARK (1988):  
KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti
           Penterjemahan KNK  
Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya mengikut NEWMARK (1988):  
Walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti
 
Penterjemahan KNK – Nama Orang
Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
 
Penterjemahan KNK – Nama Negara, Bandar, & Tempat
 
Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran
Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.
Ø Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
 
Penterjemahan KNK – Nama Institusi/ organisasi
 
Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan
 
Terbitan Hariz....

DEFINISI KATA GANTI NAMA

 

 
 
Kata Ganti Nama
Mudhakkar
أنا ، نحن ، أنتَ ، أنتما ، أنتم ، هو ، هما ، هم 
Mu’annath
                        أنا ، نحن ، أنتِ ، أنتما ، أنتنَّ ، هي ، هما ، هنَّ
 
Kata Ganti Nama
Kata Ganti Nama Diri
Ø Kata Ganti Nama Diri Tanya
Ø Kata Ganti Nama Diri Orang
Pertama
Kedua
Ketiga
Ø Kata Ganti Nama Tunjuk
 
Terbitan Hariz....
 

MENTERJEMAH FUNGSI AYAT

Teori Fungsi Ayat
Ø Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi
Ø Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?
 
Terjemahan
Ø  menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk. 
Ø Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza. 
Ø Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat. 
Ø Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif)
Ø Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan.  
Ø Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat
 
Ayat Maklumat
Ø Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan
Ø Ayat pernyataan.
-ada virus dalam makanan
Ø Ayat sudut pandangan.
-Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
Ø Ayat syarataan.
-Kalau hari tak hujan, bolehlah kita pergi memancing.
Ø Ayat cerita termasuk pemerian.
-Pada suatu hari saya tertinggal komuter kerana datang lambat.
Ø Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
-Saya bersumpah, selagi tidak lulus
 
 
Ayat Arahan
Ø Ayat suruhan
-Ambilkan secawan kopi.
 
Ø Ayat larangan termasuk tegahan.
-Jangan pijak rumput di laman itu.
 
Ø Ayat panduan.
-Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. 
 
Ø Ayat amaran termasuk ancaman.
-Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.
 
Ø Ayat undangan.
-Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.
Ø Ayat silaan.
-Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.
Ø Ayat ajakan.
-Marilah kita melabur untuk masa depan
 
Ayat perasaan
             
Ø Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang. 
Ø Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu. 
Ø Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu
 
Contoh-contoh ayat perasaan yang sering digunankan
 
Ø Ayat sesalan.
-Oh! Tuhan, ampunkanlah doasaku selama ini.
Ø Ayat sumpahan.
-Aku sumpah kau jagi batu.
Ø Ayat bujukan.
-Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
 
Ayat Bahasa Arab
 
Ada beberapa cara untuk membahagikan ayat: 
 
Ø Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur 
Ø Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat. 
Ø Pembahagian berdasarkan permulaan ayat.
 
Ayat maklumat ( jumlah ikhbariyah ) 
Ø memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya.
Ø سافر والدي أمس ( ikhbar )
Ø تتكون المادة من الذرة  ( maklumat)
Ø  أقدرك وأحترمك . (perasaan )
Ø  من الأفضل تأجيل السفر . ( pendapat)
Ø   لا بد من الوحدة العربية. ( mawqif/pendirian ).
 
 
Jumlah istifhamiyah, iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
Ø  من فعل هدا ؟ ( individu )
Ø   متى جاء ؟( masa )
Ø  أين وجدته ؟  ( tempat )
Ø  بما قطعته ؟ ( alat )
 
 Kesimpulan 
Semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat..
 
Terbitan Hariz......
 

MENTERJEMAH FRASA & PERIBAHASA

Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu suunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dau patah perkataan. ( Nik Safiah Karim et al 1996: 416 )
Cth frasa : burung merpati terbang melayang
 
Dalam bahasa Arab pula : al-ibarah
 
Jenis- jenis frasa ada 6 : 
 
Tarkib Wasfi
- Boleh ditambah yang atau digugurkan.
 
Tarkib Idafi
- Tidak perlu penambahan atau perubahan 
 
Ataf dan Ma’tuf  Alayh
- Digunakan untuk dihubungkan dengan kata hubung yang lain
- Tiada masalah untuk terjemahan
- Sekiranya kata hubung yang terakhir sahaja perlu diterjemah 
 
Badal waMubadal minhu
- Digunakan untuk kata nama khas dan mewakili benda tersebut
 
Taukid
- Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara جمع, كل عين, نفس  dan عامه
 
Frasa idiomatik
- Juga dipanggil al- ’ibarah al- istilahiyyah dalam bahasa arab
- Terbina daripada dua kalimah atau lebih dan mempunyai makna khusus yang tidak boleh disimpulkan daripada makna perkataan yang membentuknya ( Yu’ill yusuf)
- Terdapat 3 jenis frasa idiomatik 
Ø Frasa kata kerja
Ø Frasa nama 
Ø Frasa sendi
 
Peribahasa Arab 
- Kata- kata yang ringkas dan padat yang meniti di bibir , betul maknanya dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu
Ø Al- Mathal al- mujaz ( peribahasa ringkas)
Ø Al-Matahal al- qiyasiy : kisah yang selau disebut untuk menerangkan sesuatu perkara , atau menerangkan sesuatu perkara , atau untuk bukti daripada sesuatu perkara.
Ø Al- Matahal al – Khurafiy , peribahasa yang dibina oleh bangsa arab mengikut bahasa binatang atau cerita dongeng .
 
Peribahasa Melayu
 
Terbahagi kepada 4
Ø Perumpamaan ialah perbandingan maknanya sangat jelas 
Ø Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasa terdiri dari dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang banyak
Ø Bidalan ialah memberi nasihat atau tunjuk ajar
Ø Pepatah ialah ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam berfungsi sebagai pedoman.
 
Teknik Menterjemah Peribahasa 
Ø  Peribahasa digantikan dengan bahasa sasaran
Ø  Teknik pinjam terjemah
Ø  Menjelaskan makna
Ø   Proses gantian peribahasa
 
Terbitan Hariz.....