Teori Fungsi Ayat
Ø Ayat ada dua fungsi: bentuk dan fungsi
Ø Contoh:Ayat Boleh ambilkan saya secawan teh ?
Terjemahan
Ø menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
Ø Salah satu kesilapan terjemahan: penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
Ø Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
Ø Sudut makna: ayat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat maklumat (informatif), ayat perasaan (emotif) dan ayat arahan (imperatif)
Ø Paling banyak diterbitkan baik dalam bahasa lisan mahupun tulisan.
Ø Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat
Ayat Maklumat
Ø Ayat perisytiharan, termasuk makluman, pengumuman, pemberitahuan
Ø Ayat pernyataan.
-ada virus dalam makanan
Ø Ayat sudut pandangan.
-Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
Ø Ayat syarataan.
-Kalau hari tak hujan, bolehlah kita pergi memancing.
Ø Ayat cerita termasuk pemerian.
-Pada suatu hari saya tertinggal komuter kerana datang lambat.
Ø Ayat janji termasuk ikrar dan sumpah.
-Saya bersumpah, selagi tidak lulus
Ayat Arahan
Ø Ayat suruhan
-Ambilkan secawan kopi.
Ø Ayat larangan termasuk tegahan.
-Jangan pijak rumput di laman itu.
Ø Ayat panduan.
-Mula-mula panasakan minyak, kemudia tumis bahan-bahan yang dikisar tadi.
Ø Ayat amaran termasuk ancaman.
-Kalau awak berani datang lambat lagi, saya pecat awak.
Ø Ayat undangan.
-Sudilah datang ke rumah saya apabila musim durian nanti.
Ø Ayat silaan.
-Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.
Ø Ayat ajakan.
-Marilah kita melabur untuk masa depan
Ayat perasaan
Ø Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang.
Ø Tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu.
Ø Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu
Contoh-contoh ayat perasaan yang sering digunankan
Ø Ayat sesalan.
-Oh! Tuhan, ampunkanlah doasaku selama ini.
Ø Ayat sumpahan.
-Aku sumpah kau jagi batu.
Ø Ayat bujukan.
-Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Ayat Bahasa Arab
Ada beberapa cara untuk membahagikan ayat:
Ø Pembahagian berdasarkan tujuan atau maksud penutur
Ø Pembahagian berdasarkan srtuktur ayat.
Ø Pembahagian berdasarkan permulaan ayat.
Ayat maklumat ( jumlah ikhbariyah )
Ø memberitahu sesuatu maklumat, mengungkapkan tentang perasaan, pendapat atau persetujuannya.
Ø سافر والدي أمس ( ikhbar )
Ø تتكون المادة من الذرة ( maklumat)
Ø أقدرك وأحترمك . (perasaan )
Ø من الأفضل تأجيل السفر . ( pendapat)
Ø لا بد من الوحدة العربية. ( mawqif/pendirian ).
Jumlah istifhamiyah, iaitu ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyolal tentang sesuatu perkara, seperti bertanya tentang seseorang, tempat, masa dan sebagainya. Contoh:
Ø من فعل هدا ؟ ( individu )
Ø متى جاء ؟( masa )
Ø أين وجدته ؟ ( tempat )
Ø بما قطعته ؟ ( alat )
Kesimpulan
Semasa menterjemah, fungsi ayat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar makna yang dikehendaki oleh teks asal dapat dipindahkan kepada bahasa sasaran dengan baik dan tepat..
Terbitan Hariz......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan