Rabu, 21 Januari 2015

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

Definisi
Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
Klasifikasi
 Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.
Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:
Ø Mempunyai makna yang tersendiri.
Ø Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
Ø Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.
Ø Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA)
Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya mengikut NEWMARK (1988):  
KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti
           Penterjemahan KNK  
Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya mengikut NEWMARK (1988):  
Walaupun KNK dengan istilah budaya merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti
 
Penterjemahan KNK – Nama Orang
Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
 
Penterjemahan KNK – Nama Negara, Bandar, & Tempat
 
Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran
Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.
Ø Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
 
Penterjemahan KNK – Nama Institusi/ organisasi
 
Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan
 
Terbitan Hariz....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan