Khamis, 1 Januari 2015

ASPEK MAKNA IMBUHAN

Di dalam pengajian Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1, terdapat satu tajuk yang menerangkan tentang aspek-aspek makna imbuhan yang terdapat dalam perkataan. Tajuk ini penting kerana para pelajar diterangkan bagaimana imbuhan dapat mempengaruhi kelainan maksud perkataan apabila ditambah dengan huruf-huruf zaidah. Seperti yang diketahui, fiil sulasi mazid, adalah bentuk-bentuk perkataan atau wazan yang mempunyai maksud yang tersendiri dan berbeza dengan maksud yang terdapat pada perkataan yang dibentuk pada fiil sulasi mujarrad. Contohnya bentuk  perkataan faala yang menujukkan maksud timbal balik dan menukar maf'ul dari tak langsung kepada langsung.

  Pada bentuk-bentuk (wazan-wazan) tersebut juga terpecah kepada makna pengunaan yang berbeza. Contohnya pada bentuk af'ala, yang mana bentuk tersebut memberi makna-makna penggunaan seperti berikut:-

 1. Maksud kausatif/faktitif... perkataan ajlasa memberi maksud mendudukkan, berbeza pada perkataan jalasa yang memberi maksud duduk.
 2. Maksud deklaratif....  perkataan abkhala yang memberi maksud mendapatinya kedekut...
 3. Maksud denominatif... perkataan asmaro yang memberi maksud berbuah
 4. Maksud denominatif yang menunjukkan bergerak ke suatu tempat... perkataan aqdaha yang memberi maksud pergi ke Kedah...
 5. Maksud memasuki sesusatu periode dalam satu-satu masa... perkataan asbaha memberi maksud mlakukan sesuatu pada waku pagi..
 6. Maksud menjadikan benda dalam sesuatu keadaan... perkataan aqfara memberi maksud menjadi padang.

  Terdapat banyak lagi bentuk-bentuk perkataan yang perlu dipelajari bagi memantapkan kemahiran untuk menterjemah perkataan. Kerana itu, makna imbuhan perlu dikaji dengan lebih teliti bagi mendapatkan makna yang tepat bagi sesuatu perkataan dalam bahasa Arab.

 


 
Ini adalah contoh-contoh bentuk perkataan Arab yang berimbuhan.


Terbitan Abdul Ghani.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan