Dalam kuliah Dr. Maheram, ada juga diterangkan tentang aspek kelayakan yang perlu ada bagi seseorang penterjemah bahasa. Tidak kira apa bahasa sekalipun, penterjemah perlu mengetahui semua perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. Pengajian sebegini mungkin buat pertama kali aku ikuti kerana selama ini, aku hanya pandai membuka kamus dan mencari maksud perkataan yang dikehendaki, namun tidak mengetahui tentang cara yang sebetulnya untuk menterjemah perkataan. Walaupun bidang perterjemahan bukanlah bidang yang utama bagi aku, tapi ciri-ciri penterjemah yang baik, perlu juga aku fahami kerana manalah tahu, akan datang aku juga boleh mengikut jejak para ilmuan bahasa yang terdahulu, yang mana telah berjaya mengimarahkan ilmu bahasa Arab sehinggakan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat am.
Berkenaan dengan kelayakan penterjemah bahasa, dapatlah difahamkan bahawa, seorang penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber dan bahasa sasaran yang digunakan. Mereka juga perlu mengetahui tentang bidang dan subjek bahasa tersebut. Terdapat juga teori terjemahan yang perlu diketahui oleh seseorang penterjemah. Contohnya, teori yang menerangkan bahawa perkataan yang dierjemah itu perlu dipindahkan denga idea, gaya dan maklumat, bukan pemindahan perkataan semata-mata. Seseorang perterjemah juga perlu mengetahui tentang sasaran pembaca yang menggunakan bahasa tersebut seperti sasaran orang dewasa dan kanak-kanak. Laras bahasa bagi kedua-dua golongan tersebut mestilah berbeza dan bersesuaian dengan kedua-dua golongan tersebut.
Dalam kuliah tersebut, Dr. Maheram ada juga menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh penterjemah dalam menterjemah perkataan. Pendedahan ini perlu kerana tugas menterjemah bukanlah suatu perkara yang mudah bahkan ia penterjemah perlu melengkapkan diri dengan syarat yang diberikan agar bahasa yang diterjemah dapat memberi manfaat yang besar kepada pengguna secara amnya.
Terbitan Abdul Ghani....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan